eKhairat
Masjid Al I'Tisam TTDI Jaya
Pendaftaran Ahli Khairat Kematian kepada semua ahli kariah dan penduduk sekitar.
SYARAT KEAHLIAN KHAIRAT KEMATIAN MASJID AL-I’TISAM
1. Keahlian khairat ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang beragama Islam berumur 18 tahun ke atas yang menetap dan sekitar Kariah Masjid Al-I’tisam, TTDI Jaya Shah Alam, Selangor.
2. Kawasan sekitar yang dimaksudkan adalah Bukit Jelutong (U8), Saujana Indah, Laman Glenmarie, Ladang Glenmarie, Glenpark dan Politeknik Shah Alam.
3. Seseorang yang ingin menjadi ahli hendaklah memohon dan mendaftar namanya, nama-nama tanggungannya dan maklumat peribadi berkaitan melalui Borang Permohonan Keahlian secara atas talian. Jawatankuasa khairat berhak meluluskan atau menolak mana-mana permohonan untuk menjadi ahli.
4. Tanggungan termasuk pasangan serumah, anak-anak yang masih dalam tanggungan (Belum Berumahtangga) dan ibu bapa yang tinggal serumah sahaja dibenarkan.
5. Tanggungan anak angkat – ditakrifkan sebagai anak yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara mengenai statusnya.
6. Anak tiri – anak kepada pasangan duda/janda yang dikahwini semasa tempoh skim berkuat kuasa layak dilindungi dan mestilah dikemaskini segera.
7. Perkahwinan – ahli yang berkahwin selepas menyertai khairat ini dimana masih dalam tempoh kuatkuasa maka suami/isteri yang berkenaan serta tanggungannya (jika ada) layak dimasukkan sebagai keluarga asas dan mestilah dikemaskini segera.
8. Semua ahli boleh membuat semakan keahlian melalui web dan akan diberikan kad keahlian digital untuk tujuan rujukan.
9. Semua ahli bertanggungjawab untuk mengemaskini sebarang perubahan terkini tangungan melalui web secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang permasalahan akan datang.
10. Tempoh minima kematangan keahlian khairat untuk mendapatkan manfaat ialah 3 bulan dari tarikh pendaftaran dibuat.
Sebarang persoalan boleh merujuk kepada :-
1. Tuan Haji Mohd Zawawi (Pengerusi Khairat Kematian Masjid Al-I’tisam) : 012-641 5933
2. En Muhamad Safar bin Abdul Hamid (Pegawai) – 013-405 9939
3. Puan Juraini binti Mardi (Pegawai)– 019-552 6799
Sokongan Teknikal
Bantuan berkaitan tidak boleh login, tidak boleh bayar, lupa kata laluan, dll berkaitan ekhairat. (Sila bg detail Nama Penuh dan IC)
